Assalamu'alaikum selamat sejahtera semua....
Telah lama saya tidak menjenguk blog ini, apa lagi menulis sesuatu atas permukaan putih jernih ini.Bukan disebabkan kesibukan yang melampau, juga bukan kerana terlalu kegersangan idea yang mahu dikongsikan dengan dunia maya, lantaran alasan yang boleh saya berikan adalah kegagalan untuk meningkatkan motivasi diri agar menulis terus, walau tiada yang mahu membaca.
Hari ini saya mahu meluahkan apa yang terbuku dihati setelah melihat dan membaca tentang beberapa perkara yang agak menyedihkan berlaku kebelakangan ini.Saya juga cuba menulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, satu bahasa yang mudah dan indah....walaupun sebenarnya agak susah juga untuk dizahirkan dengan petikan jejari pada huruf2 pada kekunci komputer ( gagal di sini..?? ).
Hari ini, cuaca agak baik, mendung sekejap tanpa langit menitiskan airmata, namun ada masa nya agak terik panahan sang mentari, jadual harian agak padat dari pagi hingga ke malam, memenuhi kehendak kehidupan di maya pada ini.
Agak berbelit bahasa yang saya gunakan..?sukar untuk difahami..?Cuba untuk menjadi seorang seniman, walau hanya pada tinta....mungkin suatu percubaan yang gagal....kalau begitu takdirnya, baik saya menulis terus apa yang mahu di luahkan...
Tadi terlihat seorang lelaki bersama seorang wanita dan dua orang kanak2 berusia antara 9 bulan dan 4 tahun.Lelaki mungkin si ayah dan wanita tadi adalah si ibu...yang menyedihkan saya adalah, ketika ayah tadi bermain dan berbual bual dengan kanak kanak tersebut, beliau juga terus terusan merokok dan kelihatan nya amat selesa dan bangga dengan perbuatan nya.Bagi saya, sikap ini amat tidak bertanggungjawab dan si ibu tadi juga tidak cuba untuk melindungi anak anak beliau dari diperlakukan begitu...Kenapa saya berpendapat begitu..??
1) Seorang ayah patut menjadi contoh terbaik kepada anak anak, apalagi pada usia begitu muda.Merokok didepan anak anak bukan lah sesuatu yang boleh dimasukkan dalam kategori baik..
2)Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan kepada siperokok, tetapi kesan bahaya ini lebih buruk kepada orang disekeliling yang bukan perokok, apa lagi kanak2 yang sedang membesar.Paling malang sekali mereka tidak memilh untuk berada di persekitaran tersebut..
3)Anak 2 tadi yang telah terbiasa dengan asap rokok sejak kecil, besar kemungkinan akan menjadi perokok pada usia yang terlalu muda, tidak hairanlah kenapa begitu banyak peningkatan jumlah perokok di dunia, terutama didunia ketiga walaupun usaha untuk menyedarkan masyrakat tentang bahaya rokok semakin banyak di jalankan dan harga rokok juga semakin mahal.
4)Kanak2 tadi adalah golongan lemah, mereka tidak tahu dan tidak berupaya untuk mengelak dari
terdedah kepada asap rokok, walaupun bukan atas pilihan mereka, namun secara tidak langsung dipaksa oleh ibubapa tadi untuk menerima apa juga kehendak ibu bapa tersebut,amat malang sekali apabila ibu bapa lebih pentingkan kehendak sendiri, dari keperluan untuk melindugi anak anak.Ini terbukti dari apa yang terjadi ke atas kanak2 berusia 2 tahun yang hangat diperkatakan dalam beberapa suratkhabar akhir akhir ini.
Saya memang tidak berhak untuk menilai ibubapa yang terlibat, kerana saya tidak memakai kasut mereka, tidak berada di posisi mereka dan tidak melalui ranjau duri kehidupan yang mereka lalui, saya cuma tertanya2 tentang beberapa perkara apabila membaca kisah menyayat hati kanak2 berusia 2 tahun yang tidak berupaya tersebut dan sepatutnya dilindungi dengan apa cara sekalipun oleh ibunya..
1)Si ibu telah menerima ugutan melalui panggilan telefon pada pukul 11.30 pagi, bahawa kanak kanak itu akan di ajar secukupnya kerana telah kencing merata2 dirumah oleh lelaki yang disyaki, tetapi beliau seolah2 tidak mengambil kata kata ugutan tersebut secara serius dan tidak mengambil apa apa langkah pencegahan.
2)Apabila lelaki itu datang mengambil si ibu pada pukul 5.30petang dan memberitahu beliau bahawa kanak kanak tersebut telah koma, beliau tidak bergegas balik, malah singgah di kedai untuk membeli lampin pakai buang dan hanya sampai dirumah pada pukul 7.30 petang.Anak yang katanya sedang nazak, tinggal berseorangan...astagfirullahalazim...Saya boleh bayangkan penderitaan kanak2 tersebut dan walaupun tidak pernah kenal beliau, apa yang berlaku keatasnya membuatkan saya menangis...Al fatihah untukmu wahai penghuni syurga.
Dari 2 peristiwa diatas, saya boleh mengambil kesimpulan bahawa keprihatinan ibubapa terhadap tanggungjawab melindungi anak2 mereka semakin terhakis dari jiwa sesetengah dari kita...nauzubillahminzallik.
Apakah penyebabnya?Apa yang perlu kita lakukan?bagaimana mahu mengubah dan mengatasi perkara tersebut...???
Banyak persoalan yang perlu dijawab, banyak tanggungjawab yang mahu dipikul, ramai yang terlibat, malah setiap dari kita bertanggungjawab...jangan lah kita menyalahkan kerajaan pulak apabila gagal dalam menjalankan tanggungjawab paling asas alam kehidupan...wallahualam.
Semoga kita jadikan setiap perkara yang berlaku dipersekitaran kita sebagai iktibar, yang baik jadikan pengajaran dan yang tidak berapa baik, dijadikan sempadan dan marilah kita beriltizam untuk melindungi golongan yang lebih lemah dan tidak berdaya, bukan sebaliknya, insyaAllah.
Kata2 terakhir dari saya:
Kalau anda tidak dapat melindungi mereka, janganlah jadi golongan yang menyakiti mereka...


No comments:
Post a Comment